08 December 2016

Buletin Persekutuan Bangsat


Melihatkan bayang bayang sendiri ketika merokok di luar rumah tadi berjaya membuatkan aku mengelamun ditenggelami suasana malam berserta bauan yang terhasil dari asap gulungan rokok yang tadi.

Aku dah 5 bulan tak merebahkan diri di bumi urban, hinggakan terasa seperti orang asing di tanah sendiri. 23 tahun hidup, hidup aku memang selalunya dibazirkan masa dengan menunggu orang sahaja. Memang dari kecil aku ditakdirkan menjadi seorang manusia yang selalunya tak akan ada transport sendiri untuk ke mana mana. Kalau ada pula, boleh jadi aku tak utilize dengan ada kekangan yang lain. Begitulah, dari sekolah, kolej, universiti dan kerja, alih alih hadap public transport juga.

Sampaikan satu tahap, aku jadi seorang pemerhati dalam senyap yang paling hebat. Sebab aku percaya, masa yang terbuang asyik menunggu orang telah menjadikan mata aku dihiris supaya tajam dan punyai daya firasat kritikal yang tinggi. Mudah untuk aku menelaah telatah manusia manusia yang berurusan secara langsung mahupun tak langsung dengan aku. Jadi, kau jangan main main lah bila bagi alasan kat aku. Aku akan twist jawapan kau supaya ianya berbunyi paranoid nanti.

Bukan nak berlagak lasak, tapi kaki ni dah bermacam macam tempat aku jelajah. Kau boleh kata kau duduk Kolumpo, dan kau tau jalan itu ini sedangkan kau memandu kereta, dan aku pula hanya berjalan kaki untuk ke suatu suatu tempat. Logiknya, ya Kolumpo tu takde lah jauh mana tempat sebelah sebelah dia. Manusia hutan konkrit semacam tak biasa pula kalau tak menaiki tren atau kenderaan lain untuk ke tempat dituju.

Dengar berjalan jauh jauh, penat penat, selain dari menjadi seorang pemerhati dalam diam, terkadang aku berjaya menemui borak borak tanpa hujung pangkal dengan strangers. Berborak dengan strangers seronok, sebab masing masing tak kenal masing masing, jadi aku tak perlu nak hipokrit dan bertapis tapis (but in case nak tipu, boleh tipu dari awal tak perlu nak fikir fikir). Seronok yang aku tak boleh nak describe, mungkin juga atas dasar manusia aku lebih senang menemukan dengan yang baru.

Bila boring boring, kau boleh fikir. Sepanjang kau hidup, kau asyik dengan kekawan dari circle kau sahaja. Orangnya sama, rutinnya sama, beritanya sama. Sampai satu tahap, kau akan jadi bosan dengan kebiasaan lalu hubungan antara kau-kau-dan-kau selesa dengan bersemuka depan mata tapi tenggelam dalam kesenyapan tanpa bicara dari mulut masing masing. Aku selalu mengimpikan, satu hari nanti aku berjaya ambil kekawan dari yang berlainan circles, dan jadikan mereka yang terbaik sebagai circle yang terbaik antara yang terbaik.

Again, sepanjang kau hidup. Berapa kali kau berpindah randah? Berapa kali kau bertukar kumpulan? Berapa banyak kau jumpa kawan baru? Hah, itulah rasionalnya. Alangkah bagusnya jika teman terbaik di setiap circle itu berjaya menjadi satu. Itu pasti menjadi idaman kalbu. Lalu dinamakan mereka sebagai Sekutu Bangsat yang diterajui oleh Persekutuan Bangsat.

Fuh, power power.
Aku tengah bayangkan ni.

Sebenarnya, kalau nak diikutkan aktiviti persekutuan melepak ni ada banyak. Cumanya, idea persekutuan ni kebanyakan based on tempat/region. Contoh, kalau kau duduk Kajang. Kekawan terbaik yang kumpulkan itu akan dikenali sebagai Persekutuan Kajang. Jadi ahli ahli persekutuan pun terdiri dari orang yang sama, tempat yang sama, dan seterusnya aktiviti pun lebih kurang sama.

Dengan Persekutuan Bangsat, aku mengimpikan percampuran teman teman terbaik yang pernah aku ada sepanjang hidup ni, dari pelbagai latarbelakang dan of course aktiviti melepak pun nanti bukan sahaja terdiri dari duduk minum setable sahaja. Aku mahukan aktiviti yang lebih. Kau boleh bayangkan, kau dengan teman teman terbaik kau yang paling masuk air, dalam aktiviti mendaki gunung merapi di Indonesia sana tu. Aku confirm, aktiviti tersebut akan terisi dengan momen momen bangang yang akan dikenang sampai bila bila. Itu baru mendaki. Kalau jenis stoned reramai kat rooftop Bluewave pun power. Mana nak dapat woi, momen momen yang cemas dan mendebarkan, tapi happy (stoned) itu. Kahkah. Itu contoh aku tulis tuu, itu contoh.

Izinkan aku gerak paper roger dulu.

2 comments:

  1. Kau 23 tahun dibazirkan utk tunggu orang. Aku lagi kertu, 28 tahun macam ini sahaja. Tunggu menunggu sampai kertu

    ReplyDelete