10 October 2016

Catatan Rahmat


Ada kalanya aku tertewas dalam kejatuhan yang tidak dirancang.
Ada kalanya aku tidak tertawa ketika di puncak jaya.
Ada kalanya aku rapuh dalam segenap rasa.
Ada kalanya aku tidak mahu lagi berhadapan ketakutan.

Aku hanyalah aku.
Tapi, hanya Dia mengenal aku.
Dalam aku terkadang rabun dalam mencariNya.
Aku tahu, Dia ada di situ bersamaku sentiasa.

Adakah ini yang kucari selama ini?
Adakah aku pantas dalam mengenal cahaya dalam gelap?

Ritma hujan masih menari di luar rumah, menurunkan rahmat pada aku yang terkandas. Mungkin hanya untuk aku, supaya aku sedar akan kerahmatanMu?

Dalam gelap itu aku sabar menanti cahaya tulus dariMu.
Untuk aku mengenal jalan keluar dari sini bersama angin semangat yang takkan pernah luntur.
Kepercayaanku kepadaMu.
Tuhan.


No comments:

Post a Comment