Aku pergi ke
suatu kawasan. Bersama juga wahn, man dan jim. Masing-masing tampak hensem.
Masuk dalam kl monarail. Aku tak ingat ke mana mahu dituju. Dalam tu, terjumpa
seorang yang sangat aku kenali. Mr Chan, lecturer bisnes yang juga sebagai
driver monorail tersebut. Dia bertanya tentang sesuatu. Aku tak ingat akan apa
soalannya. Dia gelak setelah mendengar jawapan aku. Aku pelik. Hampir di
penghujung stesen. Monorail tetap laju. Tiada tanda mahu berhenti. Mr Chan
masih tersenyum. Babi. Aku dan jim sedaya upaya membantu Mr Chan. Dan.
Sampainya di ‘jalan mati’ tersebut. Bommm! Monorail langgar tembok. Langgar
bukan tanda berhenti. Malah terus berjalan. Dan berjalan. Semua penumpang diam
membisu. Tiada bunyi kerisauan langsung. Kepala monorail terjun menjejak tanah
kuala lumpur. Penumpang keluar dari benda besi tersebut. Aku, wahn, man dan jim
bersama Mr Chan. Ketawa tanpa sebab.
Aku tersedar
di atas sebuah katil. Cukup kenal dengan wallpaper di hadapan aku. Bilik man.
Capai fon. Ada satu message. Dari kekasih lama. Pelik. Tak pernah contact sejak
19June. Tulisan menyatakan ‘i love you’. Ahh, cilake. Semacam puaka mahu
menganggu kebahagiaan cinta hati. Buat taktau. Terus tertidur.
Aku berjalan.
Gelap. Terasa lemah. Lapar. Di depan aku ada satu lembaga. Tak takut pada
mulanya. Sekali tengok. Macam puaka Chaba. Tua. Tapok. Mulut herot. Rambut
jarang jarang kaler putih. Macam gampang. Sape tak cuak. Aku lari, lari, dan
lari. Pusing satu kl. Masuk pandan indah keluar taman maluri. Masuk ampang tak
keluar keluar. Aku penat. Ahh, dia ada lagi. Sungguh drastik. Dia melawan arus,
bertentangan dengan aku. Lalu menyergah, ‘Hoi, bangun suboh!’