30 April 2011

1000 tahun

Assalamualaikum.

*****
Tetengah sedap aku terlentok sebelah driver dek kepenatan terlebih OT, tetibe aku tersentak. Aku hulur kepala luar tingkap. Hanya desiran angin kuat berlagu di telinga. Aku kembali act to normal. Ahh, asal lain macam ni! Petang petang camni, boleh pulak on air lagu ni, semangat aku boleh naik bai dengar lagu ni. Mata terus segar macam dah tidur 1000 tahun. Api Surya menyala, zarah zarahnya sopan masuk dalam badan. Heaven.


Lagu ni memang haunting semangat aku ok.

Oh, ya. Selamat hari pekerja bagi semua yang bekerja.

27 April 2011

Monotone hati Jay

Assalamualaikum.

*****

"Lu pikir la sendiri...Assalamualaikum."
Teriak Nabil dalam peti hitam berhabuk jenama Samsung di sudut jendela.
Jam menunjukkan pukul 11 malam.

Beeppp... (inbox masuk)
Nama Jay tertera pada skrin phone Hero.
Haish, asal tetibe beliau text aku ni? Monolog Hero.

"Kau free?"-Jay
"Skang? Free je. Awat?"
"Jumpe jom. Aku ada big problem la. Sebenarnya, dah lama masalah ni wujud. Cuma aku tak cerita kat kau je. Kadang-kadang benda ni menggangu hidup aku."
"Starbuck Ampang Point. 9.30 pagi. Tapi disebabkan aku dan kau Melayu, aku panjangkan lagi masa tu. Dalam kul 10 pagi ok."
"Ok."


Keesokannya.

Dengan lagak separa James Bond, Hero menuju ke Starbuck. Dari jauh dia sudah nampak kelibat Jay yang sedang duduk sambil makan Burger King. Ehh, wait. Burger king? Starbuck?


"Aihh, awal sampai. Sejak bila kau jadi omputih ni?" Tegur Hero sambil menghulur tangan pada Jay. 
"Aku Melayu moden la. Bukan macam kau, Melayu yang dalam puisi tu. Memang la janji Melayu"
HAHAHA.

Hilai tawa mereka kedengaran.

Usai Hero memesan minuman, dia bertanya akan apa masalah sebenar Jay. Jay seakan rasa bersalah untuk menceritakan perkara sebenar.

"Kemon, bro. Kita kenal dah lama kot. Citer jelah."

"Actually, ni pasal bapak aku lah. Aku nak tanya pendapat kau. Bapak aku ni jenis panas baran, dia tak pukul tapi bahasa dia aku tak suka. Sangat tak suka ok. Dia macam tak respect kat orang. Kalau bawak kereta tak payah cakap lah, hon sana hon sini. Pastu tak boleh sabar sikit asyik nak cepat je. Then tak boleh bawak berbincang. Aku pun sekarang macam taktau nak respect dia lagi. Okay, seriously aku still respect dia as my dad tapi bila perangai dia dah datang hati aku jadi panas. Hati aku bengang sangat dengan dia, aku takut la benda ni dikira derhaka. Habis camne pulak dengan perasaan aku?"

Dengan sehabis berhati-hati Hero menjawab.
"Well, the basic of being a son kita kena respect parents kita. Walau seburuk mana pun perangai diorang kita tetap kena terima. Macam kes kau, aku faham apa yang kau rasa. Same goes to me too. Sometimes, aku sendiri arguing dengan bapak aku. Tapi kau kena tau, kita sebagai manusia tak semestinya kita dah matured enough bila kita makin tua. Basicly flaws of human macam ni, baby - remaja - dewasa - tua - baby. See, bila kita dah tua kita akan kembali as a baby balik. Bermakna, si tua ni matured secara biological je, tapi secara psikologi dia berperangai macam baby balik. Aku taktau asal, tapi aku sendiri perasan yang benda ni ada kat semua orang tua. Hati diorang jadi sensitif pastu mesti nak ikut kata dia je. Kalau tak mulalah dia punya melenting. Cumanya bila lalui sendiri benda macam ni aku lebih suka dengar je cakap bapak aku. Bila dah keterlaluan baru arguing. Bab derhaka tu bagi aku, kita semua pernah buat silap kan? Tak bermakna kita tak respect dia, tapi kita cuba nak naturalkan keadaan balik."

"Masalah sekarang, dari aku kecik lagi bapak aku macam tu. Bukan sekarang je. Aku ingat lagi time kecik dulu, aku selalu keluar rumah main-main ngan member tapi lama-lama aku jadi malu nak keluar rumah. Kau bayangkan setahun aku duduk rumah je sebab budak-budak taman tak suka kat bapak aku. Bapak aku bila ada orang main bola depan rumah ke mesti marah diorang. Bahasa tak payah cakap la. Pastu gaduh dengan jiran sampai anak jiran tu dia tak bagi kawan. Padahal tu masalah dia, dia libatkan aku sekali. Dah lama aku diam, tunggu masa nak lepas je. Tapi aku takut nanti jadi perang besar la pulak. Bapak aku cakap selalu nak menang. Aku taktau macam mana nak tegur. Aku harap sangat dia berubah."

Hero dengar dengan teliti. Kemudian kembali menjawab walaupun lambat sedikit.
"Macam aku cakap tadi, better kalau kau tak puas hati kau argue je dengan bapak kau. Kau tell the truth kenapa kau boleh jadi sampai camtu. Biar dia tersentap sikit. Mungkin dengan cara keras boleh sedarkan kesilapan dia. Tapi aku taklah galakkan kau ikut cara aku tu. Surely, boleh jadi perang besar tapi kau jangan taktau impak dia pun besar jugak. Camni lah, kalau kau power/berani kau slow talk la dengan dia."

Jay membangkang keras.
"Uhh, cara kau memang tak boleh. Nanti bapak aku mesti ugut benda lain. Dia mesti nak menang. Silap silap mesti aku kena balik. Bapak aku pandai psycho. Apa nak buat pun taktau. Berdoa, okay aku berdoa jugak. Tapi macam camne dengan usaha? Aduh, aku boleh terima kalau aku takde awek untuk disayangi tapi aku TAK boleh terima kalai aku tak dapat dari bapak aku sendiri. Aku rasa dah lama aku tak rasa kasih sayang tu. Dari segi tanggunggjawab memang okay, tapi perasaan dengan hati aku taktau nak cakap. Aku fikir takde apa kat dunia ni. Nak bunuh diri pun ada sebab aku malu dengan orang sekeliling pasal perangai bapak aku. Aku tau sekarang aku tengah dosa besar sebab fikir bukan-bukan pasal bapak aku. Aku takut aku nanti mati terseksa. Tapi setiap hari aku cuba untuk normal, then bila bapak aku start balik perangai dia aku terus lupa. Hati aku memang meletup, terasa macam bapak aku tu musuh no 1."


Hero taknak perbincangan antara dia dengan Jay menjadi 1 lagi masalah, maka dia tekad melontarkan kata-kata konklusi.

"Okay, take it easy lah. Aku syorkan kau let time goes by and pass. Kau biarkan masa yang tentukan. Kau biarkan, pedulikan semua masalah tu. Berlakon macam takde apa apa. Cuma tu benda yang kau perlu buat. Okay, how bout effort? Aku rasa kau tak perlu fikir pasal benda tu, sebab kau sendiri takde kekuatan untuk settle down this problem. Even, kalau kau jumpa kaunselor or serbanistas sekali pun mesti diorang suruh kau bersabar dan berdoa. Cerita bukan main lagi, alih alih bersabar jugak. Berdoa jugak. Jangan jadi anak derhaka. Tapi kau jangan sesekali buat benda bodoh, aku tak boleh terima benda benda macam tu. Kita semua ada hak untuk hidup lebih baik. How and why you choose yourself."

"Hmm, thank you so much la brader. Aku harap kita kekal lah kawan sampai mati. Aku rasa semua masalah aku, aku citer kat kau. Aku segan nak citer dekat orang lain. Harap dah kawin nanti pun takkan putus hubungan. Aku bukan gay, tapi serius aku sayang ada kawan macam kau." Jay akur. Ada betulnya kata-kata Hero tadi.

"Sokey brah. Aku tak kisah pun. Aku faham kau. Tapi bagi aku tindakan simpan dalam hati tu la yang boleh buat kau down. Siyes, down. Kalau simpan untuk naikkan semangat takpe lagi, sebab kau ada matlamat. Tapi kalau simpan sebab malu nak luahkan, it was so so wrong. Fikir-fikirkan lah." Hero cuba menghilangkan mood sedih Jay yang sejak dari awal lagi ber-atmosfera dalam Starbuck tersebut.

"Yeah, i know. Thanks once again bro."


Perbualan mereka terhenti di situ.
Hero mula menghirup white coffee yang semakin dingin dek aircond. Jay termenung jauh ke arah coffee cup Hero. Mencari konklusi untuk masalah dia barangkali.

26 April 2011

Let down

Assalamualaikum.


"In love, it is better to know and be disappointed, than to not know and always wonder."
- Anonymous

24 April 2011

Sakit

Assalamualaikum.

*****

Selama aku bernafas,
Aku tak pernah rasa sakit yang macam ni.
Rasa sakit yang menyebalkan seluruh sistem badan.
Pectoralis major, triceps brachii, deltoid, gastrocnemius dan soleus seakan lumpuh.
Jujur, amat sukar untuk aku melakukan rutin harian.

Ubat hampir habis, tapi makin teruk pula.
Cubaan memamah makanan adalah seksa.
Mineral dan isotonik sama sahaja.
Kata orang, untuk menjadi sihat kita perlu berlakon seperti biasa.
Okay, itu quote bodoh.
Sebab, aku sendiri telah melakukannya.
But nothing work out.

Aku mengharapkan sesuatu.
Sesuatu yang banyak sebenarnya.
Masih banyak yang mahu aku lakukan.
"The Big 2011" aku belum lunaskannya.
Listnya pun hilang entah kemana.
Seakan tiada matlamat.

Esok bagaikan setapak untuk berjaya.
Situasi sebegini pula yang harus ku tempuh.
Sinar yang pada mulanya terang benderang.
Kini seakan gelap gelita.
Masih adakah peluang untuk masa hadapan?

Ahhh....
Adakah ini pengakhiran bagi hidupku?


Ya Allah, temuikanlah jiwa aku kembali.
Biar sedikit, tetapi semakin kuat.
Amin.

21 April 2011

Pergi

Assalamualaikum.

*****

Tika hujan turun ke bumi
Bunyi dan baunya menggamit sekalian alam
Nafas dihembus buat terakhir kali
Roh dan jasad bercerai seketika
Ahhh....
Peritnya tiada siapa yang tahu

Tiba masanya
Biarkan
Biarkan aku pergi
Jangan dirintih pemergian ini
Jangan dihenti kerinduan ini

Kerna aku
Aku tetap akan tersenyum melihatmu dari sana.

20 April 2011

Malam

Assalamualaikum.

*****
Bersandar pada lampu jalan
Bunyi sang malam sungguh indah
Melihat kelawar terbang bebas nun di atas
Aku yang di bawah seakan rasa kosong
Bagai menunggu buah epal gugur ke tanah
Molekul bebas bertukar ganti mengisi setiap genap ruang tubuh
Embun berarak turun ke bumi
Entah kemana, aku pun tak pasti
Angin menghembus pucuk rambut
Terasa tenang
Dan bebas

Aku puas
Puas menikmati keindahan malam ini

Masa berlalu
Aku terasa sunyi.

Ya, malam yang sunyi.
Aku akan rinduinya.
Where are you cahaya ?

18 April 2011

Hikayat si kelawar minimals

Assalamualaikum.

*****

Aku tak tahu kenapa, aku sangat sukakan suasana malam. Kalau MR. K begitu menghargai waktu malamnya, begitu jugak dengan aku. Malam menceritakan segalanya. Keluar rumah untuk hirup zarah-zarah dingin banyak buat aku terfikir. Fikir akan persoalan yang memang di luar kotak pemikiran. Dan selalunya memang sukar untuk mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.

Sambil menghirup zarah Surya, sesekali terasa manis di hujung bibir. Ahhh, agak sukar untuk menjadi seorang aku di dunia ini. Dale. Dalam bahasa inggeris bermaksud lembah. Aku suka pada perkataan ni. Lembah juga mempunyai many of perception. Persepsi dalam segala jenis dimensi, adakalanya mencabar hukum alam juga.

***

Money is not everything. But didn't you think that everything is money?
Aku antara yang paling tak suka dengan quote bullshit tu. Apa bodohnya orang yang menciptanya. Takkan hanya bersandarkan duit tak boleh bahagiakan hidup orang lain kau cakap duit tu bukan segalanya. Takkan sebab duit tak boleh beli nilai kasih sayang seseorang kau nak salahkan duit yang setiap bulan kau dapat dari boss? I just wonder.

Derr, konsep kau betul kalau bagi kau duit memang tak boleh bahagiakan orang lain, hatta untuk membeli kasih sayang seseorang. Tapi bukankan diri sendiri yang perlu kau bahagiakan sebelum kau nak bahagiakan hidup orang lain? Ya, duit ni macam bateri henfon. Bila penuh, macam-macam kau boleh buat. Texting lah, calling lah, picturing lah, malah boleh ber-3gp-ing dengan awek kau. Tapi bila bateri kau kosong, apa pun tak boleh buat kan? Sesekali meminta ihsan dari kawan-kawan dengan function ask-a-topup kau tu.

Pada aku, tak payah la kau nak bahagiakan orang lain kalau diri kau sendiri tak bahagia. Bagi seorang lonely-loser macam aku ni, memang duit memainkan peranan yang besar dalam hidup aku. Bukan materialistik, tapi dengan duit jugak aku dapat rasakan diri aku selesa. Selesa dengan apa yang aku ada.

Kau bayangkan. Even kau bahagia sebab kau dapat tawaran untuk sambung belajar kat Oxford University, tanpa duit kau takkan kemana jugak. Dan, andai kata kau seorang yang memang loser dalam akademik. Adalah susah untuk kau dapat tawaran sambung belajar. Tapi dengan adanya duit, you can easily daftar masuk mana-mana kolej walaupun result kau teruk. As simple as that.

***

Being alone is such a loser.
Aku paling tak suka bila aku duduk sorang-sorang tanpa seseorang. Bukan sebab aku takut hantu Kak Limah ke apa, tapi sebab bila aku duduk sorang-sorang aku seakan dalam dunia aku sendiri. And I really hate that. Kita selalu gembira dan bersifat keduniaan bila ada family, awek, mahupun kawan.

Bila dah besar camni, parents pun dah biarkan kau untuk cuba hidup berdikari sendiri. Parents kau hanya boleh beri hint, tapi semua pilihan kau kena tentukan sendiri. Kawan pula datang dan pergi. Tak semestinya hari ni dia bergeli-gelian dengan kau, esok dia datang geli-geli lagi. Entah-entah dia yang pergi bagai angin meniup benih lalang.

Well, hidup kita ni telah diatur oleh Sang Pencipta. Let time goes by and pass, you'll face this world suddenly. And wait the awesome ending.

15 April 2011

I don't know why

Assalamualaikum.

*****

Setelah penat aku mengkaji the whole system tentang UiTM Profesional Course, dengan tidak sengaja aku ter-online fesbuk dengan harapan dapat banyak nortification. Biasalah, Matt Dallas kelahiran Gerik, Perak ini adakalanya femes juga. Keh keh keh. Malangnya, hanya 4 nortification yang menghiasi riang nortification aku. Ciss, hilang semangat aku nak online malam ni.

Aku scroll mouse ke bawah untuk melihat 'most recent' activity. Bukan busybody, tapi prihatin. Nanti kena maki pulak ngan kawan, ada fesbuk tapi macam katak bawah tempurung tak tau apa-apa.

Sesekali melihat video yang di-post, Jozan version Jepan memang kelakar. Tapi ada satu post dari abang aku yang berjaya buat aku tersentap untuk terus scroll down. Pada aku memang biasa benda yang beliau post ni, tapi bila click untuk mengetahui lebih lanjut, nahhh tetiba aku rasa macam sebak. I don't know why, sebelum ni aku lah orang yang paling kebal nak sebak menyebak ni. Apatah lagi tangis menangis. Sejujurnya aku katakan, hampir 3 tahun aku tidak mengeluarkan air mata. Betapa kerasnya hati aku sekarang, dan aku sedang sedaya upaya untuk meng-naturalkannya kembali.

Back to my brother post.

Muhammad Noraizuddin Bin Nordin nama diberi. Beliau bukan kawan aku mahupun ada hubungan sedarah melainkan saudara sesama Islam cuma. I don't know him, he don't know me. Tapi takdir menentukan bahawa aku sempat mengenalinya serba sedikit even hanya dalam fesbuk. Badly, bukan secara langsung tetapi hanya selepas beliau meninggal dunia.

Ya, meninggal dunia. Puas aku bodek-bodek profile arwah sambil baca post-post dari kenalan arwah di wallnya. And here I feel so badly and down. Alangkah beruntungnya arwah mempunyai rakan-rakan yang masih mengingatinya walaupun arwah sudah tiada lagi di dunia nyata ini. Dan, sehingga kini ada saja post baru di wall febuk arwah.

Actually, arwah ni kenalan abang aku masa belajar kat Darul Quran, Kuala Kubu Bharu. Yes, my brother is a serbanistas. Bila cakap pasal si serbanistas ni, tahulah kita mereka ni adalah tergolong dalam golongan bijak pandai dalam keagamaan. 1 al-quran dihafal bukan masalah besar bagi mereka apatah lagi Kamus Oxford Malay - English tu. Tapi mungkin sebab arwah ni lebih pandai dari abang aku, arwah menyambung pelajaran di Islamic Universiti of Madinah.

Ohh, ya. Kecil mata aku memerhatikan komen-komen yang ligat lalu lalang di fesbuk arwah, akhirnya aku dapat tahu why is he gone. Menurut komen-komen tersebut, saudara Iszudin Nordin (nama fesbuk) meninggal dunia akibat lemas di laut Madinah. Okay, bukan calang-calang orang yang meninggal dunia di Madinah except dengan izinNya.

Sabda Nabi saw :
"من استطاع أن يموت بالمدينة فليفعل فإني أشفع لمن يموت بها"
Bermaksud : Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka laksanakanlah, kerana sesungguhnya aku (baginda saw) memberi syafaat kepada siapa yang mati dalam madinah.[Riwayat Tirmidzi, Ibni Majah, Ahmad dan Ibn Hibban daripada Ibni 'Umar].
"من مات بالمدينة كنت له يوم القيامة شفيعا أو شهيدا"
Bermaksud : Barangsiapa yang mati di Madinah, maka aku (baginda saw) merupakan pemberi syafaat atau saksi kepadanya pada hari kiamat.
[Riwayat Ibni 'Asakir].
Well, aku tak tahu kenapa aku tulis entri pasal benda ni tapi arwah seakan memberi hint kepada aku untuk terus bersyukur dan menikmati hidup ini tanpa melupakan Yang Maha Pencipta. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan yang beramal soleh. Al-fatihah.

Simbolik Draft

Assalamualaikum.

*****

Hari ni aku check edit post aku, aku tengok dah berlambak lambak dah draft yang aku bikin. Ini semua gara gara idea aku yang lari entah kemana. Tunggu punya tunggu tak jugak kembali. Adakah aku patut kejar beliau sampai dapat? Tapi sorry la, kalau aku dah start aku punya 4x400 sure sure idea tu kalah. Keh keh keh.

Teringat dulu masa sekolah. Aku suka sangat menulis, jadi bila time nak buat karangan or essay, surely mata aku jadi segar. Tangan mula capai pen biru super fine dan mula menulis. Sebelum nak siapkan the whole essay, firstly we should draft la kan. Masa tu tak payah cakap la, bagi jelah tajuk apa pun aku boleh bagi point. Mencurah curah idea. Sampai cikgu pun cakap, "Dale, draft draft jugak. Kerja aku jangan tak siap pulak." Pergh, kadang-kadang aku terfikir betul jugak kata kata beliau tu. Ciss...

Lu orang mungkin akan terkejut sebab walaupun aku minat kat benda tulis menulis ni, tapi hakikatnya aku lah orang yang paling malas nak siapkan homework tu. Kalau tengok draft, dah gempak dah. Tapi apa pun tadak. Aku jadi tak minat bila buat kerja yang tertangguh ni. In case, tengah ligat tangan aku tulis essay dalam class, tetiba bunyi loceng rehat. Pergh, gua mana boleh tahan beb bab bab makan camni. Usually, bila buat homework dalam class ni banyak setan datang mengganggu. Lebih lebih lagi the brotherhood OKTS, Azeem ngan Maman. Memang sibuk mengajak aku melancong ke tandas. Sebagai seorang penggiat kencing berjemaah ni, memang aku follow dorang lah. Alang alang tu, boleh cuci mata sekali.

Now, bila dah start blogging ni macam macam masalah ada. Tengah sedap sedap aku tulis entri, tetiba aku senang jadi hilang punca. Draft pun dah menyemak, buat kilang sardin jenama Ortodoks Buatan sendiri. Neraka apakah ini?

Aku rasa, aku patut kembali pada hobi membaca aku dulu. Lu orang tanya lah mana-mana novel Ahadiat Akashah, aku boleh terangkan plotting dia. Mostly, karya karya beliau aku dah baca. Bukan semua, tapi kebanyakannya lah. Dapat pulak baca "Hikayat Cinderella", memang tersedu sedan la korang nangis bila baca. Tapi jangan rissau, sejujurnya aku tak pernah keluar air mata sikit pun bila novel-novel cinta ni. Paling paling pun keluar air mata sebab pedih mata fokus kat tulisan ber-font 8 tu mungkin.

Kadang kadang menjadi seorang aktivis membaca novel ni ada function jugak. Tapi aku taknak cerita sekarang sebab, kalau aku teruskan jugak maka bertambah lagi 1 lah aku punya draft. Dan, sekali gus entri ni takkan dipublish untuk tontonan umum. Haha.

13 April 2011

Seminggu

Assalamualaikum.

*****

Seminggu
berjalan bersama
hanya langkah yang beza.

Seminggu
makan bersama
lauk kau lauk aku juga.

Seminggu
gurau bersama
kau aku jadi bahan lawak yang sama.

Seminggu
tidur sekatil bersama
walau hanya muat untuk 3 orang sahaja.

Seminggu
"hoi, cepat la"
tapi masing-masing "sabar laaa".

Seminggu
berkongsi zarah yang sama
kotak lain-lain brand cuma.

Seminggu
"Rm 10 sorang haa"
Err, wallet tinggal. Sorry, aku lupa.

Seminggu
"Lawa jugak baju kau"
"Nahh, try laa".

Seminggu
Mengintai awek kelate yang sama
Masing masing 'awieeee' bersama.

Haha.
Korang memang terbaik la Awe & Amad.

Now, seminggu pun dah habis.
Masing-masing kembali pada yang asal.
Harap jangan dilupa akan memori ini.

Aku rindu gila, bila nak macam ni lagi wei!

10 April 2011

Just do it

Assalamualaikum.

*****
Situasi di atas bot berkelajuan 60 km/j

 
Dale: Jom, terjun weh. Mesti heaven.
Awe: Kau gila apa cilake?
Amad: Entah, gila! Tengah laju ni.
Dale: Ya, aku tau. Apa lagi, jom ah!

Burshhhhh ......
Burshhhhh ......
Burshhhhh ......