07 June 2018

Sudahkah Kamu Memeluk Dirimu Hari Ini?




Sejak sebulan yang lepas, sedar tidak sedar saya telah survived. Survived dari perasaan gundah dan perkara perkara bullshits yang mendatang. Saya survived, walaupun saya tau jiwa dan raga saya masih banyak yang belum terubat sedari perjuangan itu.

Baru baru ni, perasaan dan perkara perkara bulshits datang menjengah lagi. Buat kesekian kalinya, saya terpaksa mengambil keputusan untuk mengetepikan masa untuk "berehat" tadi, dengan terus melaung kata juang yang kuat.

FUCKKKKKK !

Oh, tak ada apa. Saja, saya saja jerit tetengah malam dalam bilik gelap ini. Saya tak tahu kenapa, somehow Simple Plan is very relatable right now. Macam ass. Padahal saya ni, sejak sejak kerja bahagian umrah ni, bahasa omputih saya semakin teruk.. Tapi rileks je masih berani berani mendengar lagu lagu omputih lagi.

KIMAKKKKKK !

Oh, maafkan saya lagi sekali. Really.

Jika direnung dalam dalam, saya sendiri pun tak sure apa yang saya sedang renung ni. Tapi itu lah, jika direnung kembali saat saya sedang membakar jiwa mengapikan semangat untuk menjadi better person di awal tahun itu hari, which is January dulu. Saya rasa saya FUCKKKK gila sebab berani berani nya jadi motivated sebegitu rupa.

Saya yang January dulu mungkin bodoh, tak nampak apa yang akan berlaku pada saya yang June ini.

Saya rasa, saya yang June ini berkemungkinan untuk menghadap depresi seperti saya yang Disember dulu.

BODOHHHHHH!

Aduh, maaflah. Saya tak boleh control. Saya kalau nak maki, selalunya memang saya tak bagi hint pun. Tak percaya, tanyalah kekawan saya semasa saya main badminton tempoh hari. Makian saya yang berbaur kelakar itu membuatkan orang ketawa tetapi deep down depa taktau, I really meant it. So, yeah. Point untuk saya untuk terus memaki orang tanpa orang lain sedar.

KAH KAH KAH, BABIIIIII !

Baru baru ni saya ada texted seorang wanita kegemaran saya. "Awak kalau nak sesedih je, terus text saya tau. Saya kelakar. Sebab my life is already a joke." Tapi dia reply, "apa ni, tak baiklah cakap macam tu."

Tapiiii, memang betul pun my life is a jokeee. Dia tak percaya :(

Kepada sesiapa pun yang terbaca tulisan sampah ini, saya harap awak masih berfikir bahawa saya sebenarnya masih waras. Cuma, cubalah faham. Bagilah peluang untuk saya meluah rasa pukimak dalam diri ni kat sini. Really, please.

Kebetulan sebelum saya menulis di sini, saya ada terbaca satu status dari Nami di facebook. Ya, Nami lah. Penulis kegemaran awak tu. Kami berkawan di facebook, walaupun tak pernah bertegur sapa kahkah. Berbalik kepada status dia, saya rasa sebelum awak rasa pity pada saya better awak bagi kata semangat pada Nami dulu. Sebab pada saya, antara kami dua, dia lebih memerlukan kata kata semangat dan positif untuk motivate balik.

Saya?

Tak apa, saya tahu. Saya selalu menang dalam apa/cara sekali pun. Cuma buat masa ini, biarlah saya dengan rasa pukimak ni sekejap.

Sebelum saya beredar, saya sejujurnya nak minta maaf pada saya yang June sebab gagal mengawal rasa fucked up ini. Really, bukan salah aku do tak mampu kawal bullshits yang mendatang ni. Aku harap kau bertahan sikit lagi, sebab kau yakin jee kau pun akan survived seperti saya yang Bulan Bulan Lain.

Saya yang November dan saya yang Disember, they have been in a great battle. And they survived! So, you are. Remember, walau apa pun yang mendatang. Keep calm, dan pukimak kan semua orang by words saja okay. No violence and do harm pada diri sendiri. Dann, ingatlah. Jangan pernah lupa untuk peluk dirimu sendiri setiap hari :)

Head up, and stay strong.

We will win this and whatever upcoming battles, soon. Likewise !!!

Chow..

17 May 2018

Usaha Memartabatkan Sub Budaya Dalam Diri Bebudak Tahfiz


Where Have All The Bootboys Gone // The ACAB

Semalam berkemungkinan adalah hari terakhir aku mengajar bebudak tahfiz kat Slim Village. Jika direnung kembali hari pertama 3 bulan yang lalu, aku macam kekok sikit nak ajar bebudak suci ni tapi semalam fuhh, memang aku all out habis.

All out sebab takut lepas ni memang tak jumpa depa dah.

Bila teringat yang aku ni mengajar di banyak pusat tuisyen dan students aku datang dari pelbagai background, aku rasa bebudak tahfiz ni lah yang paling menyenangkan hati. Memang depa tak berapa nak "pandai" dalam pelajaran walaupun lagi berapa bulan je nak exam besar. Tapi sepanjang aku mengajar, depa tu lah yang paling sedap untuk diajar.

Kurang pandai, tapi sahsiah tinggi.

Last sebelum aku chow, aku sempat bagi wise word paling wise untuk depa guna sampai ke hari tua.

Bila kerap diaju soalan common dari sesiapa, jangan simply jawab "tak tahu!" Rasionalnya, pada aku orang yang cakap tak tahu ni ada 2 jenis saja.
1. Orang tu memang tak tahu.
2. Orang tu penakut, tak berani dan bodoh.
Jadi, awak pilih nak jadi yang mana satu.
Awak hanya layak cakap tak tahu bila awak betul betul tak tahu sahaja. Bukan bila awak rasa malu atau malas nak berfikir akan jawapannya. Sebab bila awak tak tahu tapi awak buat buat tahu, itu namanya buat "palatau." Orang buat "palatau" ni selalunya sampah, jangan ikut.

Baru berapa jam lepas aku habis class, dan aku sudah pun mulai rasa rindu pada depa. Aku tak tahu, adakah ini perasaan biasa bagi setiap guru?

Tapiii, aku tak pernah mengaku yang aku ni seorang guru pada students aku. Sebab aku bukan guru yang bertauliah. Pada asalnya aku mengajar ni hanya kerana aku perlukan kerja saja. Aku tak pandang duit atau pun fame yang kemudiannya benar benar datang selepas aku jump into this field.

Sepanjang mengajar nak dekat 5 bulan ni, aku anggap setiap class aku adalah experiment. Di mana aku kena bijak merencana dan mengawal class di samping mengajar benda benda yang sepatutnya pada mereka.

Sembang pasal bebudak tahfiz tu lagi, benda yang paling aku tak boleh lupa adalah dalam class English masa mula mula duluuu aku tanya depa,
"If I talk fully in English you can understand or not? Exam baru ni dapat berapa?"

Dan tenang depa jawab,
"D, Cikgu!" " E!"

Tanpa membuang masa sebab class untuk setiap subject hanyalah 2 jam saja, malam tu aku terus ajar depa tulis lirik lagu Where Have All The Bootboys Gone by The ACAB.

Aku pesan,
"Nanti time exam kalau taktau nak tulis essay, tulis balik lirik lagu ni!"

And I really meant it. Yelah, dari kertas depa kosong tak dapat markah apa.

Lepas sesi tulis lirik lagu apa semua, aku tak cakap banyak, terus aku explain scene skinhead Malaysia serba sedikit. Dan siapa The ACAB ni sebenarnya dan kenapa lagu ni yang aku pilih untuk share dengan depa.

Long story short,
Aku fikir, at least benda ni adalah alternative pada depa. Dan aku hanya sediakan jalan. Lepas ni kalau depa tetiba berminat layan lagu lagu skinhead atau pun lagu lagu dalam bahasa omputih, itu pun aku dah sujud syukur dah.

Buat bebudak tahfiz tu, aku harap kau orang rasa beruntunglah sebab aku share knowledge scene pada kau orang pada umur yang sebegitu muda. Damn, aku masa umur 12 tahun dulu lagu yang paling "lelaki" aku dengar pun lagu Redline //Shizuka saja. Itu pun lirik tak faham, scene tak faham dan apa benda pun tak faham. Cuma yang aku tahu, aku tau jiwa aku ada dalam lagu lagu macam tu.

Sampailah aku besar gini, observe dan digging sendiri saja.

Aku sedih campur rindu sebenarnya ni kahkah

Cukup sampai situ, serpihan pengalaman mengajar aku. For sure memang aku tak berapa nak gemar sangat kalau nak share semua benda pun. Cukuplah serpihan untuk diabadikan dalam tulisan ini.

Semoga berjumpa lagi.
Dan aku harap masa tu kita boleh sing along lagu Where Have All The Bootboys Gone tu sama sama okay.

So long, Oi!

18 April 2018

Oh Malaysiana!


Baru baru ni saya dikejarkan ke emergency ward kerana demam panas yang tidak semena hinggap dalam tubuh saya. Saya merana hampir seminggu solid sehingga kehilangan suara, kotak suara saya rosak dan tidak mampu mengeluarkan suara untuk beberapa hari sehingga saya terpaksa mengambil vitamin tekak dan ubat untuk mengembalikan suara. Masa tu tetiba saya rasa macam penyanyi band terkemuka sekejap. Gila, first time saya consume ubat ubatan jenis suara ni. Kahkah.

Hampir semua Malaysiana sedang mengalami sakit dan demam piliharaya yang bakal tiba tak lama lagi. Sejujurnya, walaupun saya selalu juga ambil tahu berkenaan politik dulu dulu, tapi sekarang ni disebabkan ramai orang sedang demam panas dek PRU, saya menjadi tidak senang untuk lepak lama lama di medium media sosial. Saya ambil langkah untuk hanya rileks rileks saja. Hal ini membuatkan kepala saya sedikit pening, kerana baru baru ini jika saya drive kereta dan melihat bendera bendera parti yang dipromosikan jatuh (dijatuhkan atau disabotaj orang) pun saya jadi nak marah. Tapi apalah daya, saya hanya mampu geleng kepala sahaja melihat kejatuhan bendera parti tersebut. Tak kiralah bendera parti mana pun, saya tetap nak marah dan geleng kepala.

Cukup sampai di situ cerita amarah dan pening kepala saya.

Berbalik kepada cerita politik Malaysia. Walaupun saya ini bukanlah seorang fanatik kepada mana mana parti yang ada di Malaysia. Tetapi sebagai seorang anak muda yang sudah sangat pandai membaca dan membeza mana buruk, mana baik, mana taik, mana bunga dan mana mana lah, sejujurnya saya dapat rasakan bahawa politik di Malaysia sangat fucked up. Fucked up jenis kepala bapak punya.

Okay, ini formula mudah saya. tanpa melibatkan cerita dalaman setiap parti yang ada. Cukup saya petik 3 parti yang bertanding untuk PRU kali ini.

Orang BN yang sudah mula tidak suka Jibby akan mula berjinak jinak untuk mengenali parti pembangkang seperti Harapan dan PAS. Malangnya, jika orang orang tersebut mahu menyokong Harapan untuk kali ini tetapi mereka tidak menyukakan Madey (atas dasar dasar tertentu), mereka akan fucked up kerana pilihan yang ada hanyalah PAS. Seterusnya, untuk PAS pula walaupun ianya sebuah parti politik berteraskan Islam, malang (lagi sekali) baru baru ini lebai lebai PAS yang mengemudi parti tersebut slow slow mengeluarkan dan melakukan tindakan tindakan jengkel sehingga menyebabkan orang orang keliru tadi berkata, "wow, apa pilihan yang ada ni sial?!!"

BN, orang tak suka sebab Jibby.
Harapan, orang tak suka sebab Madey.
PAS, orang tak suka sebab Adi.

See, how fucked up we are (orang ramai // orang keliru yang tadi)?

Cukuplah, saya ulas formula mudah PRU kali ini.

Cuma apa yang saya mampu katakan. Jikalau PRU kali ini Harapan menang, PRU untuk 5 tahun lagi surely akan menarik gila babi gameplay parti masing masing.

Kesannya;
BN akan cuba untuk jadi kerajaan kembali.
Harapan sedaya upaya pegang kerajaan untuk 5 tahun lagi.
PAS pula akan terus terusan memperjuang Islam dalam politik dengan lebih telus.

Apa apa pun, tidak kiralah kamu menyokong parti mana, selamat meraikan PRU yang akan datang. Sebagai rakyat tanah darah tumpah ini, silalah ambil tanggungjawab sebagai rakyat untuk satu hari keramat tersebut.

9 Mei geng, come on!